Pokok pangkalnya asal sahaja ada kemahuan yang tinggi untuk berubah nescaya tiada yang mustahil.
Berpasak kepada kemahuan yang amat tinggi untuk berubah, sesiapa sahaja boleh berubah daripada seseorang yangbiasakepada menjadi seorang yang luar biasa. Berubah daripada zero kepada hero.
Terlalu ramai contoh suri teladan yang boleh kita rujuk. Pokok pangkalnya asal sahaja ada kemahuan yang tinggi untuk berubah nescaya tiada yang mustahil.
Antara tips mudah yang boleh dimulakan adalah teknik CYC iaitu ‘Change Your Circle’. Kaedah merubah khalayak atau mereka yang kita dampingi.
Jika kita biasa dikelilingi dengan mereka yang suka memasak, cuba pula ubah dengan mereka yang suka berbasikal. Biasanya kita hanya berborak dengan rakan-rakan peguam, cubapulasertai kumpulan sukarelawan atau NGO. Dahulu memang suka sembang dengan Pencinta Buku, apa kata sertai grup Pemain Chess pula.
Berubah ‘circle’ nescaya akan berubahlah perbendaharaan kata, gaya berbual, sasaran kerja dan seterusnya. Dalam meneruskan kelangsungan (survival) perniagaan atau perusahaan kita, cuba semak dan kaji adakah kita masih bertemu dan berbual dengan orang atau kumpulan yangsamasejak dahulu?
Jika jawapannya positif maka inilah peluang untuk kita ubah mereka yang kita lazimi atau dampingi dan lihat kesan yang baru.
Selamat Berubah.