Pernahkah anda terfikir, apakah sedekah yang terbaik yang boleh kita lakukan?
Menurut beberapa hadis, “perkataan dan senyuman yang baik” boleh dianggap sebagai satu sedekah dan bentuk terbaik sedekah juga adalah dengan “menyampaikan ilmu.
Nabi Muhammad SAW berkata dalam sebuah hadith bahawa sedekah menghapuskan tujuh puluh pintu kejahatan.
Dalam suatu kesempatan, Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (Shahih Abu Daud). Oleh karena itu, hendaknya kita berupaya untuk memberi atau bersedekah air kepada manusia atau makhluk lain yang memerlukannya.
Ianya boleh dlikakukan dengan memberi atau bersedekah air dengan memberikan air minum secara langsung kepada orang ataupun kepada binatang lain yang sedang mengalami kehausan.
Selain itu, kita juga boleh bersedekah dengan membangun sumber air atau mengalirkan air ke tempat-tempat yang kekurangan air sehingga masyarakat sekitarnya merasakan kemudahan itu mampu memenuhi keperluan lainnya.
Dalam sebuah hadits riwayat Bukhari dan Muslim, diceritakan bahwa ada seorang lelaki menemui Nabi Muhammad SAW, lalu dia bertanya, “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang pahalanya paling besar?” Nabi SAW menjawab:
“Engkau bersedekah dalam keadaan sihat, sangat menyayangi harta, takut miskin, dan mengharapkan kekayaan. Janganlah engkau menunda-nundakan (sedekah). Ketika roh (nyawa) sampai di halkum (hampir meninggal, barulah) engkau berwasiat: untuk si fulan sekian, untuk si fulan sekian. Padahal waktu itu kekayaan sudah menjadi hak ahli waris.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Allah SWT berfirman dalam Surah Saba’, ayat 39 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya, Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya. Dan apa saja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki.”
Oleh itu, segeralah bersedekah selagi hayat dikandung badan.