Sebenarnya, anak sulung ini bukannya garang, tetapi mereka terlihat garang kerana ramai diantara mereka bersifat tegas. Sudah menjadi lumrah hidup bagi anak sulung untuk mempunyai tanggungjawab yang sedikit berbeza daripada anak-anak yang lain. Ini kerana anak sulung dari kecil lagi dibiasakan dengan memikul tanggungjawab yang diberi oleh ibu bapa mereka.
Anak sulung selalunya mempunyai sifat keibubapaan yang tinggi kerana dari kecil ibu bapa sudah mengamanahkan mereka untuk menjaga adik-adik, sedar tidak sedar mereka sudah pun menjadi ibu bapa kedua dalam keluarga. Meskipun tegas, mereka sebenarnya mempunyai satu rahsia yang tidak diperlihatkan kepada orang lain.
Ini fakta yang menarik tentang anak sulung
1. Malu untuk menangis dihadapan orang kerana mereka tidak mahu ternampak lemah.
2. Seorang yang penyayang tetapi tidak pandai mengeskpresikan perasaan.
3. Hanya dia boleh memarahi adik-adiknya, jika ada orang luar yang cuba memarahi adik-adiknya, dia orang yang pertama akan “backup” mereka!.
4. Nampak tegas tetapi jika pandai mengambil hati mereka, mereka agak senang dibawa runding.
5. Bekerja keras untuk keluarga dan adik beradik tetapi jarang memperlihatkan kesusahan.
6. Sering mendahulukan perasaan adik-beradik yang lain berbanding dirinya.
7. Jarang memuji tetapi sebenarnya bangga bila melihat semua adik beradiknya berjaya
Tetapi walau apa pun terjadi, hargailah adik-beradik anda dan ukuhkan lah ikatan saudara kerana pada zaman ini sudah kelihatan ramai orang yang tidak akrab dengan darah dagingnya sendiri. Perang mulut itu mungkin normal apabila berlaku perbalahan kerana berlainan pendapat, tetapi janganlah sampai berputus saudara dek kerana tidak puas hati dalam sesetengah perkara.
Bersusah payahlah untuk menyatukan jalinan mesra kerana didalam hubungan kekeluargaan terselit satu kebahagiaan.