Dalam Personal Branding, anda perlu laksanakan tiga langkah utama iaitu Brand positioning, Brand Personality dan Brand Execution.
Contoh untuk positioning dalam personal branding Fara Naqui adalah di mana nama Fara Naqui dicipta daripada nama penuh beliau iaitu Wan Faranaquiah. Apabila hendak melakukan personal branding, nama yang dipilih haruslah pendek supaya mudah untuk diingat oleh orang ramai. Sebab itulah Fara Naqui memilih nama ini yang mempunyai maksudnya yang tersendiri serta mudah untuk diingati.
Seterusnya, positioning juga merujuk kepada bagaimana anda mahu dikenali sebagai seorang yang pakar, berpengetahuan serta berpengalaman dalam sesuatu bidang tertentu. Berbalik kepada perjalanan personal branding Fara Naqui, pada tahun 2017 beliau telah menjalankan personal branding di LinkedIn.
Fara Naqui adalah seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berpengetahuan dalam personal branding melalui perkongsian secara langsung di media sosial. Beliau aktif menyampaikan content untuk personal branding di laman web Fara Naqui, LinkedIn, dan YouTube.