Sebelum melakukan personal branding ini, Fara Naqui mempunyai perniagaan sendiri sebelum membuat keputusan untuk menutup bisnesnya kerana terdapat beberapa masalah. Apa yang mendorong Fara Naqui untuk melakukan personal branding adalah apabila beliau mengambil keputusan untuk bekerja dengan syarikat lain selepas menutup perniagaan miliknya.
Sama seperti pemohon kerja yang lain, Fara Naqui juga melakukan perkara yang sama dengan melayari semua platform job portal di Malaysia seperti Jobstreet, Maukerja dan sebagainya untuk mendapatkan pekerjaan. Namun, di sini bermulanya perjalanan personal branding Fara Naqui apabila beliau membaca sebuah buku bertajuk What Color Is Your Parachute yang ditulis oleh Richard Nelson Bolles.
Buku ini berkisarkan tentang tips mencari pekerjaan di mana terdapat bahagian dalam buku tersebut yang menceritakan berkenaan dengan LinkedIn. LinkedIn adalah sebuah platform media sosial yang profesional untuk anda membina personal branding.