Jenis content yang dihasilkan sebenarnya perlulah bersesuaian dengan medium dan personal branding ataupun bisnes yang anda ceburi. Terdapat 4 jenis content yang anda perlu tahu iaitu content berbentuk teks, audio, gambar dan video. Kesesuaian jenis content yang dihasilkan bergantung kepada kemahiran serta creativity anda dalam mengolah perkongsian kepada jenis content yang berpotensi untuk menarik minat audience. Oleh itu, pastikan jenis content yang dipilih adalah pelaksanaan content yang mampu sampaikan mesej yang anda dengan tepat serta kepada target audience yang betul.
Fara Naqui adalah seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berpengetahuan dalam personal branding melalui perkongsian secara langsung di media sosial. Beliau aktif menyampaikan content untuk personal branding di laman web Fara Naqui, LinkedIn, dan YouTube.