Jika anda tidak mempunyai budget yang mencukupi, anda boleh buka akaun di marketplace
Perniagaan online atau e-commerce mendapat permintaan yang tinggi semasa tempoh MCO. Ini adalah beberapa tips kepada usahawan yang masih belum mengambil peluang untuk menjual barang secara online.
E-commerce Platform. Terdapat beberapa cara untuk membina platform E-commerce sendiri. Masing-masing mempunyai pros & cons tersendiri. Saya nasihatkan untuk pilih cara yang paling cepat dan cost-effective iaitu gunakan E-commerce Builder Platform seperti Shopify, AVANA, Instaweb.my dan SiteGiant. Dalam masa lima minit, anda boleh dapatkan kedai online yang lengkap dengan feature-feature yang terkini. Kebanyakan platform ini mengenakan yuran pakej bulanan (monthly subscription fee).
Online Marketplace. Jika anda tidak mempunyai budget yang mencukupi, anda boleh buka akaun di marketplace seperti Lazada dan Shopee. Kelebihan marketplace ini ialah percuma untuk buka akaun dan mereka sudah ada pelanggan (trafik) yang tinggi. Kebanyakan platform ini akan mengenakan yuran komisen (commission fee) untuk setiap transaksi. Contohnya, Shopee akan caj 2% untuk setiap transaksi. Kalau customer beli produk harga RM100, commission fee ialah RM2.
Marketing. Part ni yang paling penting sekali. Ada dua cara yang anda boleh buat iaitu Pembuatan Content dan Iklan Berbayar (Paid Ads). Pembuatan Content seperti photo video, livestream untuk membina kredibiliti dan trust kepada produk anda dan untuk customer mendapatkan info dan benefit berkenaan produk anda. Cara ini adalah cost-effective dan bergantung kepada kerajinan dan kreativiti anda. Iklan Berbayar (Paid Advertising) seperti FB Ads dan Google Ads pula untuk menarik trafik ke platform anda. Anda juga boleh tarik trafik terus ke WhatsApp anda. Anda boleh set budget iklan seperti RM10 sehari dan tambah jika mendapat sambutan (conversion) yang tinggi.