Semalam, Marketing In Asia berada pada kedudukan ranking yang ke 268,000+ di Alexa. Manakala di Ahrefs pula, ia menunjukkan peningkatan yang baik apabila tersenarai di sekitar 586,000+. Dengan kata lain, platform ini mempunyai ranking yang agak tinggi, semakin hampir dengan beberapa laman-laman web terkemuka dunia. Kedudukan yang semakin baik pada ranking di internet membuktikan juga keperkasaan SEO yang wujud pada platform ini semakin kuat pengaruhnya.
Marketing In Asia sebenarnya menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan YouTube. Ia merupakan satu laman web yang menggunakan kaedah user generated content, iaitu setiap artikel, video, infografik, podcast mahupun presentation slide dimuatnaik dan dimiliki oleh pembuat kandungan tersebut dan bukannya pasukan dalaman Marketing In Asia. Setiap hari, terdapat sekurang-kurang enam hingga lima belas kandungan yang dimuatnaik oleh pembuat kandungan.
Dengan berbekalkan pengunjung seramai 30,000 setiap bulan, Marketing In Asia kini semakin mendapat tempat di kalangan penggemar, pembaca dan pembuat kandungan dari seluruh dunia. Faktor utamanya mungkin kerana kualiti kandungan yang ada sangat menarik, berkualiti dan asli. Ia ditulis, direkabentuk, direkod dan disediakan sendiri oleh setiap pembuat kandungan tersebut. Yang penting, kebanyakannya dimuatnaik oleh orang Asia yang ditujukan khusus kepada orang Asia juga.
Marketing In Asia tidak sebesar seperti yang anda sangka. Walaupun ia berpotensi besar untuk menjadi salah satu platform perkongsian kandungan terbesar di Asia, mahupun di dunia, hakikatnya ia dibangunkan tanpa mempunyai modal yang mewah, dimiliki oleh syarikat besar, disokong oleh mana-mana pelabur ataupun mempunyai kakitangan yang beratus-ratus orang ramainya.
Betul, ia berpusat di Kuala Lumpur. Platform ini digerakkan oleh hanya enam orang sahaja buat masa ini. Kesemua mereka masing-masing bekerja di rumah. Ada juga lebih selesa bekerja di kafe, Starbucks atau di tempat-tempat yang mempunyai kemudahan wifi. Tiga berada di Kuala Lumpur, seorang di Singapura, seorang di Jakarta dan seorang lagi di Manila.
Walaupun Marketing In Asia ini baru berumur tidak sampai 2 tahun, saya secara peribadi melihat platform ini mampu untuk pergi lebih dahsyat dari hari ini. Statistik di atas hanyalah permulaan sahaja. Mengikut apa yang dirancangkan, platform ini berkemungkinan besar akan mempunyai lebih daripada 2,500 pembuat kandungan pada hujung tahun ini. Kandungan demi kandungan, tidak kira sama ada ia berbentuk artikel, infografik, podcast, video ataupun presentation slide, akan mereka muatnaik di sini.
Beberapa hari lepas, saya ada menjemput rakan-rakan saya di LinkedIn untuk memuatnaik penulisan mereka di Marketing In Asia. Ia bukan sahaja percuma, malah platform ini boleh membantu mereka mendapatkan trafik yang lebih besar dari seluruh Asia terus ke laman web, blog ataupun media sosial mereka. Saya tahu kebanyakan rakan-rakan saya di LinkedIn suka menulis. Mereka menulis untuk berkongsi pengalaman, kepakaran dan apa yang mereka lihat atau baca dengan harapan penulisan mereka itu boleh dijadikan panduan oleh sesiapa yang membacanya. Namun sayang, mereka tidak mempunyai laman web sendiri. Harga yang perlu dibayar agak mahal untuk memilikinya, bukan semua orang mampu mempunyai laman web sendiri.
Lalu, mereka memuatnaik penulisan mereka itu di LinkedIn. Semua orang tahu algoritma yang terdapat pada LinkedIn Publishing tidak sehebat kalau dibandingkan dengan penulisan status melalui posting biasa. Pengedaran secara organik di LinkedIn Publishing hampir tidak ada, menjadikan penulisan mereka tidak dilihat oleh ramai orang. Marketing In Asia, walaupun masih baharu, tetapi ia akan membantu setiap pembuat kandungan mendapatkan trafik melalui perkongsian yang dibuat di laman-laman media sosial rasmi Marketing In Asia secara berterusan. Di samping itu juga setiap kandungan di platform ini akan dioptimumkan untuk enjin pencarian seperti Google dan Bing.
Kini, untuk mempunyai ranking yang tinggi di enjin pencarian anda tidak perlu lagi mempunyai laman web sendiri. Platform seperti Marketing In Asia, Medium dan LinkedIn sudah cukup untuk anda jadikan rumah kepada kandungan-kandungan anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah kekal fokus dengan menulis atau membina kandungan yang berkualiti. Tidak mempunyai laman web sendiri juga ada kebaikannya. Anda tidak perlu berfikir jauh bagaimana untuk merekabentuk laman web, membayar orang untuk membantu anda membinanya, membayar hosting setiap tahun, membayar untuk penyelenggaraan dan sebagainya.
Bagi yang mempunyai laman web sendiri pula, anda seharusnya tidak mempunyai masalah dari segi penghasilan kandungan. Anda boleh terus fokus menulis artikel-artikel berkualiti, membuat rekabentuk grafik infografik di Canva ataupun menggunakan kamera GoPro anda yang baru beli itu untuk merakamkan aksi-aksi percutian dan kemudiannya mengubahsuainya menggunakan Adobe PremierPro agar setiap video yang dirakam akan kelihatan lebih menarik. Bab membuat kandungan, mereka memang pakar.
Anda tahu kandungan baik yang dibina penat-penat itu akan menjadi rugi apabila tidak ada orang yang melihatnya. Di luar sana, kebanyakan pembuat kandungan seperti anda biasanya sedang menghadapi kesulitan untuk mendapatkan trafik internet untuk ke laman web anda. Walaupun anda mempunyai nama domain yang bagus, mempunyai kualiti hosting yang baik, malah telah membuat pelaburan membeli perisian atau tools SEO yang memberi impak yang dahsyat kepada laman web anda, namun masih lagi menghadapi kesulitan mendapatkan trafik.
Tahukah anda, trafik di internet sebenarnya dimonopoli oleh dua gergasi besar; Google dan Facebook?
Anda perlu membayar mereka untuk trafik.
Di Marketing In Asia, platform ini juga menggunakan Google dan Facebook, termasuklah media sosial lain untuk mendapatkan trafik. Cuma pendekatan yang digunakan oleh Marketing In Asia agak unik dan platform ini masih mampu ‘mengedar’ kandungan-kandungan yang ada pergi jauh tanpa perlu membayar kepada Google dan Facebook. Dengan kata lain, melalui kandungan anda yang dimuatnaik, platform ini akan membantu mendapatkan trafik ke laman web ataupun media sosial anda.
Namun sebahagian besar pembuat kandungan yang memuatnaik kandungan mereka di Marketing In Asia sebenarnya menggunakan platform ini untuk membina ranking mereka di Google. Mereka meletakkan satu atau dua pautan atau backlinks pada artikel mereka, yang akan membawa pengunjung pulang ke laman web mereka sendiri. Marketing In Asia membenarkan setiap kandungan yang dimuatnaik untuk mempunyai maksimum dua backlinks sahaja. Menurut Google Webmasters, Google mengambil kira laman-laman web yang mempunyai backlinks yang banyak untuk menaikkan ranking mereka pada tahap yang lebih tinggi di enjin pencarian Google.
Sekiranya anda jatuh ke dalam mana-mana kategori di atas, mungkin kini tiba masanya untuk anda memuatnaik kandungan anda di Marketing In Asia. Dengan kata lain, walaupun ada sering memuatnaik kandungan-kandungan terkini di laman web anda, muatnaik juga kandungan yang sama di Marketing In Asia. Anda tidak akan rugi.
Dan yang paling penting, ia percuma.