Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk membaca dan bersantai, podcast adalah satu alternatif yang sangat sesuai untuk mereka.
Podcast adalah antara salah satu alternatif yang efektif dan boleh digunakan dalam personal branding. Artikel ini akan menerangkan kelebihan jika anda menggunakan podcast dalam personal branding anda.
Apakah Podcast dalam Personal Branding?
Podcast adalah content berbentuk suara seperti yang kita dengari di radio. Tetapi berbeza dengan radio, podcast membenarkan kita untuk menentukan topik apa kita nak dengar hari ini. Podcast juga memudahkan audiens kerana ia lebih simple dan praktikal. Audiens boleh mendengar podcast pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dan tentang apa-apa sahaja.
Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk membaca dan bersantai, podcast adalah satu alternatif yang sangat sesuai untuk mereka. Tapi kenapa? Seperti yang dinyatakan, podcast adalah satu alternatif mudah alih yang membenarkan pendengar untuk mendengar tentang apa sahaja dan di mana sahaja. Oleh itu, content berbentuk audio ini mampu untuk menarik minat mereka yang tidak mempunyai masa tetapi sukakan ilmu atau content yang menyeronokkan. Jadi, bagi anda yang sedang membina jenama sendiri, gunakanlah podcast dalam personal branding anda.
Kenapa Guna Podcast dalam Personal Branding Anda?
Berdasarkan senarai content marketing trend pada tahun 2021, podcast telah disenaraikan sebagai trend terkenal yang kelima. Ini bermakna content berbentuk podcast adalah antara content yang semakin menjadi pilihan ramai pengguna. Walaupun di Malaysia masih ramai yang tidak biasa dengan podcast, tetapi di United States (US) seramai 44% iaitu bersamaan 124 juta penduduknya mendengar podcast.
Podcast ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama digunakan sejak pertengahan tahun 2000 lagi. Namun, pada masa itu podcast tidaklah begitu popular dan teknologi waktu itu juga tidak secanggih sekarang. Setelah 15 tahun podcast wujud, ia akhirnya mula menjadi popular di US pada tahun 2020. Ini menunjukkan bahawa podcast adalah satu platform yang disukai ramai dan adalah antara salah satu trend content marketing yang efektif.
Podcast adalah content yang memudahkan. Bukan hanya kerana ia membawa informasi yang menarik tetapi kerana ia juga memberitahu pendengar informasi yang relevan dengan bisnes anda. Kebanyakkan orang suka mendengar podcast ketika mereka berjalan, memandu atau menaiki bas ke tempat kerja untuk mengisi masa dengan input yang berguna.
Perkara yang paling best tentang podcast adalah ia boleh digunakan untuk bercerita tentang apa sahaja: sukan, buku, hiburan, dan apa-apa berkaitan industri. Podcast berkemampuan untuk meningkatkan brand visibility anda dan pada masa yang sama engage dengan audiens anda.
Namun begitu, anda tidak sepatutnya menggunakan podcast sebagai strategi personal branding anda hanya kerana orang lain pun buat. Anda haruslah gunakan platform ini untuk berkongsi informasi yang bermakna buat audiens anda. Anda juga perlu memastikan yang content anda adalah relevan dengan jenama anda.
Bila Nak Guna Podcast dalam Personal Branding Anda?
Walaupun podcast ini masih belum popular di Malaysia, tetapi disebabkan ia adalah antara trend yang tersenarai pada tahun 2021, kita boleh meramalkan yang tidak lama lagi ramai penduduk Malaysia akan mula mendengar podcast. Trend dari negara lain biasanya akan sampai juga ke Malaysia walaupun ia agak lambat. Jadi, ambil peluang ini untuk membina jenama anda sementara podcast masih belum mempunyai persaingan yang tinggi di Malaysia.
Kenapa perlu mula sekarang? Ini adalah kerana mereka yang menjadi pioneer atau orang yang memulakan sesuatu trend itu terlebih dahulu akan mendapat lebih manfaat di mana jenama mereka akan menjadi lebih kukuh kerana orang akan kenal mereka dahulu. Di YouTube, anda akan mempunyai banyak persaingan; tetapi ianya berbeza jika anda menggunakan podcast. Ini adalah kerana di Malaysia belum ada ramai podcaster seperti di US. Oleh itu, anda disarankan untuk mula menggunakan podcast dalam personal branding anda hari ini jika anda telah kenal pasti target audiens anda adalah mereka yang sukakan content berbentuk audio.
Namun begitu, sudah ada content creators di Malaysia yang menggunakan podcast. Contohnya, Ais Kacang. Ais Kacang adalah antara podcast yang terawal di Malaysia. Podcast ini mengeluarkan audio jenis entertainment untuk pendengarnya. Mereka menawarkan pelbagai jenis podcast untuk pendengar: Segmen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan juga segmen untuk paranormal. Menarik kan? Pendengar boleh pilih yang apa sahaja yang mereka nak dengar dan tidak seperti radio di mana pendengar hanya boleh dengar apa yang dipasangkan sahaja.
Patutkah Guna Podcast dalam Personal Branding Anda?
Jadi, selepas anda sudah baca dan faham serba sedikit tentang podcast, patutkah anda gunakannya sebagai salah satu strategi personal branding? Ya, anda patut tetapi hanya sekiranya audiens anda adalah daripada golongan yang sukakan content seperti podcast. Jika target audiens anda adalah dari golongan mereka yang berumur 50-an, penggunaan podcast ini agak tidak sesuai kerana mereka mungkin tidak berminat atau tidak tahu bagaimana cara untuk mendengarnya.
Tetapi sekiranya audiens anda adalah daripada kumpulan mereka yang suka menggunakan Twitter, golongan bekerjaya yang tiada masa untuk membaca ataupun mereka yang tech-savvy, maka anda bolehlah menggunakan podcast untuk kongsikan content anda.
Oleh itu, ditekankan untuk anda mengambil tahu dahulu siapakah audiens anda. Perlu mengambil kira apa yang audiens anda suka dan apa yang mereka tidak suka. Tidak semua strategi yang dikatakan menjadi untuk orang lain, akan menjadi juga untuk anda. Jadi, anda perlulah membuat research dahulu untuk menentukan sama ada audiens anda adalah jenis yang suka mendengar audio ataupun tidak.
Jangan lupa, sangat penting bagi anda untuk mengenali audiens anda sebelum anda membuat keputusan untuk mengeluarkan apa-apa jenis content.
Macam Mana Nak Mula Gunakan Podcast Dalam Personal Branding Anda?
“Saya dah kenal audiens saya dan saya dah decide nak buat podcast. Bagaimana cara nak bermula?”
Jika anda sudah membuat research dan yakin anda mahu mengeluarkan content podcast, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu.
Nak buat content podcast ni semestinya memerlukan equipment atau alat yang bagus untuk anda merakam suara. Antara perkara penting yang anda perlu ada adalah mikrofon yang berkualiti tinggi, software untuk anda edit audio dan juga platform untuk anda muat naik podcast anda.
“Tak boleh ke guna phone je untuk record?” Boleh tetapi hanya jika smartphone anda boleh rakam high quality audio. Kualiti audio adalah faktor yang sangat penting dalam menyediakan content podcast kerana audiens hanya akan mendengar suara anda. Jadi, anda memerlukan kualiti audio yang terbaik di mana suara anda dapat didengari dengan jelas dan tidak terdapat bunyi-bunyi asing di dalam audio tersebut.
Anda juga perlu ada software untuk edit audio anda. Software ini penting untuk anda menyediakan audio yang berkualiti dan juga dapat menyingkatkan masa anda merakam audio. Sebagai contoh, apabila anda tersasul. Tak mungkin anda mahu rakam semula dari awal setiap kali ia berlaku. Jadi di sini software mengambil peranan. Anda hanya perlu cut bahagian yang anda tersasul itu.
Bagi platform pula, anda perlu tahu di mana untuk muat naik podcast tersebut. Contohnya di Spotify. Ramai orang menggunakan Spotify dan ia juga menjadi pilihan penduduk Malaysia. Ada juga yang melanggan aplikasi ini secara bulanan dan kerana ramai yang sukakan Spotify, ia menjadi pilihan platform untuk podcaster muat naik content mereka. Jika anda search, terdapat bermacam jenis podcast di Spotify.
Apa Sebab Guna Podcast dalam Personal Branding Anda?
“Audio is the future.”
Jika kita lihat pada zaman sekarang, terdapat kebangkitan penggunaan audio. Contoh yang paling senang nampak adalah fungsi voice command. Siri, Alexa dan Google voice search adalah antara fungsi voice command di mana pengguna hanya perlu memberi arahan kepada artificial intelligence ini dan ia akan menjawab persoalan atau mengikut arahan pengguna.
Ini menunjukkan bahawa audio adalah satu fungsi yang akan semakin ramai gunakan pada masa hadapan. Oleh itu, dapat diramalkan yang podcast ini akan menjadi sejenis content yang signifikan pada masa akan datang dan sebab itulah anda perlu mula menggunakan podcast dalam personal branding anda. Jadi tunggu apa lagi? Jom guna podcast dalam personal branding anda hari ini!
Akhir sekali, diingatkan semula yang ianya adalah sangat penting untuk anda kenal audiens anda supaya anda tahu sama ada podcast ini adalah sejenis content yang sesuai untuk audiens dan juga bisnes anda ataupun tidak.
Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian secara langsung (LIVE) di laman media sosial Fara Naqui.
Fara Naqui adalah seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berpengetahuan dalam personal branding melalui perkongsian secara langsung di media sosial. Beliau aktif menyampaikan konten untuk personal branding di Website Fara Naqui, LinkedIn dan YouTube.