Chris Lee, sebagai seorang yang selalu diberi tanggungjawab untuk mengambil beberapa individu yang berbakat untuk mengisi kekosongan bagi posisi UX/Product design, dia berpeluang melihat beratus-ratus portfolio dan temuduga beberapa calon yang memohon bagi jawatan tersebut. Beberapa tahun yang lalu, dia pernah diminta oleh seorang bekas pekerjanya untuk melihat dan menilai portfolionya memandangkan dia sedang mencari dan memohon kerja di tempat yang baru.
Maka, berdasarkan pengalaman yang dimiliki olehnya, dia kongsikan beberapa tips dan perkara penting yang harus kita ambil tahu untuk membina portfolio design yang bagus serta point kritikal sewaktu sesi temuduga dijalankan. Tips ini juga boleh digunakan oleh visual/graphic designer di luar sana.
Tiga Perkara Yang Perlu Dielakkan
Struktur ayat yang mengelirukan. Dalam portfolio yang dihasilkan, mustahak bagi kita semua mempunyai struktur ayat yang baik dan mampu menyampaikan mesej-mesej penting yang ingin disampaikan kepada pembaca terutamanya kepada ‘hiring manager’. Caranya adalah kita perlu pastikan maklumat-maklumat penting di bolded/emphasised dengan baik dan aplikasikan visual hierarki sama seperti hasil kerja grafik yang kita buat.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu adalah product designer, Chris Lee telah menggariskan beberapa panduan struktur ayat yang boleh kita buat untuk membentuk point-point kritikal seperti berikut:
- Menyatakan masalah (describe the business problem)
- Terangkan masalah yang dihadapi oleh pengguna
- Ceritakan solusi yang dikemukakan
- Terangkan apakah kayu ukur dan cara anda menilai keberkesanan solusi yang dibuat dan apakah keputusan daripada solusi tersebut. Adakah masalah tersebut berjaya diatasi ataupun sebaliknya?
Berikut adalah beberapa contoh ayat yang boleh dijadikan rujukan:
- ‘Support staff’ telah bekerja 48 jam setiap minggu dan membawa kepada ‘burnout’ yang agak teruk serta memberi impak kepada syarikat daripada segi kos untuk membayar ‘overtime’ staf.
- Selepas kajian dan analisis dibuat, saya telah dapati ianya berpunca daripada kekeliruan yang dihadapi oleh pengguna sewaktu menggunakan produk.
- Saya telah bekerja dengan ‘product team’ untuk meningkatkan kebolehgunaan produk dikalangan pengguna.
- Selepas beberapa bulan dilancarkan, ‘support staff’ telah melihat pengurangan tiket sokongan sebanyak 30%.
Menurutnya lagi, dalam setiap point tersebut, ceritakan dengan lebih terperinci dalam bentuk perenggan, gambar, sokongan visual dan sebagainya. Dengan cara ini, ia memudahkan proses ‘speed reading’ dikalangan ‘hiring manager’ dan menjimatkan masa. Malah, maklumat yang ingin disampaikan berjaya difahami dengan mudah.
Timeline yang mengelirukan. Nyatakan secara terperinci untuk setiap proses yang dibuat untuk menghasilkan sebuah design atau wireframe. Sekiranya kajian dan analisis dibuat selama lima hari dan sehari untuk kerja-kerja mencipta wireframe/design, ceritakan bagaimana itu boleh berlaku. Terangkan setiap proses daripada satu point kepada point yang lain. Jangan biarkan ‘hiring manager’ buat andaian atau ‘assumptions’ mereka sendiri terhadap penerangan bagi timeline yang kita buat. Ia tidak bagus!
‘Confusing roles’. Penting! Jangan jadi seorang yang narcissist dan sebagai seorang ‘hiring manager’, dia tak suka calon sedemikian. Maksud narcissist apabila diterjemahkan kepada dalam Bahasa Melayu ialah seseorang yang suka diri sendiri. Sebenarnya tak salah untuk kita suka diri sendiri kerana itu memperlihatkan kita bertanggungjawab pada diri. Tetapi ia kelihatan salah apabila begitu ekstrem menyukai diri sendiri hingga tidak menyatakan peranan penting yang diambil sewaktu kerja berpasukan.
Menurut Chris Lee, kita perlu terangkan bagaimana peranan yang dibuat sewaktu bekerja dalam satu kumpulan dan respons yang kita buat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh pasukan. Ceritakan secara terperinci macam mana kita berjaya meyakinkan ‘stakeholder’ dalam membuat sesuatu keputusan atau peranan kecil yang diambil walaupun tidak sebesar mana serta cara kita berinteraksi dengan mereka.
Dua Perkara Yang Perlu Ada Dalam Portoflio
Pengaruh dalam operasi kerja (Operational Influence). Sepanjang kita menceritakan proses cara dan bagaimana proses yang kita buat, katanya lagi, dia mahu melihat bagaimana kita berinteraksi dengan rakan sepasukan. Sebagai seorang designer yang baik, seseorang itu haruslah berkebolehan untuk berinteraksi dengan klien, jurutera, pengurus produk (product managers), dan sebagainya, serta membantu memberi nilai tambah kepada mereka.
Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita nyatakan:
- “Ahli pasukan telah berbincang mengenai sesuatu dan saya sedar kami semua mempunyai beberapa versi idea yang berbeza dalam fikiran masing-masing. Jadi, saya cuba mengambil inisiatif untuk melukiskan sebuah visual di papan putih untuk kita mencari kata sepakat untuk idea yang diusulkan.”
- “Klien mahu mengubah warna yang telah dibuat kerana menurutnya, warna tersebut terlalu terang dan kuat. Jadi, saya bertindak mengambil beberapa contoh bagaimana jenis warna yang kuat tersebut mampu menjadikan sesebuah jenama yang ‘distinctive’ walaupun pada peringkat awal pemilihan, ia memberi ‘negative impression’.
Jika kekurangan pengalaman, Chris Lee mengatakan ianya tak mengapa sekiranya kekurangan ‘operational influence’ memandangkan jika kita masih dalam proses pembelajaran. Maka, cukup sekadar kita tunjuk beberapa kes dan peranan kecil yang dibuat kepada ‘team’ juga sudah memadai.
‘Conscious Competence’. Kebolehan seseorang untuk memahami atau tahu bagaimana dia boleh buat sesuatu benda itu. Sebagai seorang ‘hiring manager’, Chris Lee menegaskan bahawa untuk setiap keputusan dan langkah yang diambil, seseorang designer itu harus berupaya dan tahu untuk menyatakan lebih banyak sebab atas semua tindakan yang dibuat dalam proses design/wireframe.
“The more senior the candidate, the more conscious competence hiring managers expect to see.”
– Chris Lee
Oleh itu, kita sebagai designer perlu nyatakan mengapa research itu dibuat dan bagaimana sesuatu design atau ‘the feature set’ yang digunakan itu berjaya dihasilkan. Nyatakan dengan lebih terperinci. Dalam visual design sebagai contoh, ceritakan kenapa sesebuah warna itu dipilih, ‘User Interface pattern’, dan sebagainya.
Manakala untuk calon junior, ‘unconscious competence’ akan diambil kira. Unconscious competence bermaksud seseorang individu itu mempunyai latihan dan pengalaman yang banyak dalam sesuatu kemahiran sehingga ianya menjadi sebahagian daripada ‘second nature’ dan mudah untuk dilaksanakan.
Kemahiran dan bukti dalam membuat sesuatu keputusan yang bagus amat diperlukan untuk calon junior. Mereka mungkin tidak tahu sebab yang lebih dalam kenapa mereka bagus dan tidak mempunyai alasan dan sebab yang kukuh kenapa sesuatu design itu dibuat, tetapi mereka ini jenis yang tidak terlalu mengikut arahan secara membuta-tuli daripada seseorang; buat berdasarkan apa yang dirasakan bagus. Calon junior seperti ini yang dicari dan dipilih untuk diserap masuk ke dalam syarikat.
Kesimpulannya, portfolio design yang bagus bukan sekadar memaparkan hasil akhir sesebuah design tetapi penerangan terperinci untuk setiap proses yang dibuat adalah begitu penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk ‘stand out from the crowd’. Harapnya dengan perkongsian ini, dapat membantu designer diluar sana membina dan memperbaiki portfolio agar jadi lebih ‘power!’.
Artikel ini telah diolah dan diterjemahkan daripada topik asal “Don’t miss these critical points in your design portfolio.”