Meskipun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata bahawa pada masa ini negara masih berada dalam fasa pandemik serta peralihan ke fasa endemik akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan kelak, tetapi telah ramai dikalangan kita sudah bersedia untuk keluar negara sebaik sahaja pintu sempadan dibuka.
Oleh kerana sifat ingin tahu yang tinggi, saya bertanya kepada beberapa orang rakan, dimana pilihan destinasi pertama mereka selepas pintu sepadan dibuka, dan mengapa mereka ingin kesana.
“Selepas sahaja pintu sempadan dibuka, pilihan destinasi saya adalah untuk ke Istanbul.
Ini kerana Istanbul memiliki banyak tempat yang bersejarah dan juga keunikan budaya. Tambahan lagi dengan reka bentuk masjid yang cantik disana menjadi satu tumpuan.”
“Kalau sempadan negara dibuka sudah pastilah saya akan pergi ke negara Thailand dahulu,disana terdapat pulau yang cantik yang boleh menenangkan jiwa. Bukan sahaja banyak makanan yang sedap, rakyat Thailand juga memiliki budaya dan adab yang tinggi. Ketika saya di sana, saya sentiasa rasa disambut dengan baik oleh mereka. Negara Thailand ini kalau kita sudah pergi sekali , mesti hendak pergi berkali-kali, percayalah, ianya sangat seronok.”
“Sebagai seorang yang sukakan keindahan alam ketika bercuti, saya mempunyai dua pilihan sama ada ke Sydney, Australia ataupun ke Kathmandu,Nepal.
Apa yang menarik di Sydney adalah kehidupan liarnya yang kita tidak dapat lihat ni negara sendiri.
Haiwan liar yang senang dijumpai disana adalah possum, glider, kanggaru dan wallabies.
Bercakap tentang kathmandu pula, saya ingin kesana kerana kehidupan mereka yang menarik,sebuah lembah yang dikelilingi oleh pergunungan Himalaya dan terkenal dengan kepelbagaian tugu agama yang menjadi bahan tumpuan pelancong.”
“Paris adalah tempat pertama yang ingin saya pergi. Sebagai seorang yang sukakan Fashion saya ingin melihat Fesyen di Paris di dunia nyata.Selain itu, ia juga terkenal sebagai kota paling romantis di dunia. Walaupun Paris ini terlihat canggih dan menarik bagi orang kaya tetapi boleh juga dinikmati dengan bajet yang rendah.
Selain bercita cita untuk sampai ke Menara Eiffel, saya juga ingin ke kafe mereka yang menawan seperti yang terlihat di dalam filem.
Apa yang paling saya kagum ialah keindahan budaya klasik yang luar biasa bercampur dengan kemodenan. Salah satu sebab terbaik untuk saya melawat Paris juga adalah makanan. Masakan Perancis telah mendapat nama dalam senarai masakan terbaik di dunia,jadi tak salah untuk saya mencuba!”