Kita semua ada “confirmation bias”. Atas sebab itu jugalah, dalam menjalani kehidupan seharian, kita cuma nampak dan perasan “bukti-bukti” yang membenarkan apa yang kita “percaya” sahaja.Â
Orang tidak suka apabila mereka salah. Lebih-lebih lagi jika melibatkan sesuatu kepercayaan yang telah mereka pegang untuk satu tempoh masa yang lama. “Confirmation bias” adalah lumrah manusia. Kita semua ada “confirmation bias”. Atas sebab itu jugalah, dalam menjalani kehidupan seharian, kita cuma nampak dan perasan “bukti-bukti” yang membenarkan apa yang kita “percaya” sahaja.
Sebagai contoh, kita percaya kita adalah mangsa keadaan. Maka, setiap yang berlaku pada diri kita adalah “bukti” kepada betapa benarnya “saya adalah mangsa keadaan”.
Semua yang dilihat akan mengukuhkan lagi kepercayaan tersebut – situasi semasa adalah salah kerajaan, kehidupan yang tidak selesa adalah salah majikan, anak-anak tidak cemerlang dalam pelajaran adalah salah guru, berat badan meningkat adalah salah masakan pasangan – semua salah orang lain, kecuali diri sendiri kerana kepercayaan “saya adalah mangsa keadaan” dan apa yang kita “kerap nampak” tidak lain hanyalah mengukuhkan lagi “bukti” yang menunjukkan “bukan sebab saya”.
Jadi, dalam konteks latihan, apabila datang trainer atau motivator yang membawa “conceptual knowledge” dan bersikap “saya lebih tahu”, maka bersedialah untuk menerima tentangan maksima daripada peserta seperti ini – lebih-lebih lagi jika mereka dipaksa majikan untuk hadir kerana “tidak perform”.
Oleh kerana apa yang peserta ini fikirkan “benar” sahaja yang benar pada dirinya, maka yang datang dengan kepercayaan “saya tidak patut hadir”, akan hanya nampak sebab-sebab kenapa dia tidak patut hadir. Apa yang mereka nampak adalah trainer tidak cukup pengalaman berbanding dirinya, pengisian program terlalu “basic” untuk peringkatnya, makanan tidak sedap, bilik latihan terlalu sejuk, ada mesyuarat lain lebih penting dan macam-macam lagi yang akan dijadikan alasan yang membenarkan kepercayaan mereka tadi.
Memahami hal ini, sebagai trainer kita perlu pantas berfikir dan bertindak. Bukan sesudah tiba di bilik latihan baru hendak “react” tetapi dapatkan maklumat yang perlu serta rancang “strategic approach” training kita sebelum berhadapan dengan audien.
Ingat, “orang tidak suka jika mereka salah” – jadi, carilah dan binalah “small agreements” yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat latihan. Kita datang untuk menjalankan tugas dan memainkan peranan kita, bukan untuk buktikan siapa betul siapa salah.
Selamat mencuba!