Nelysa Norazlan merupakan kakak kepada Akif Naqiuddin, berkongsi tentang adiknya yang menghidapi Sindrom Jarang Jumpa iaitu Sindrom Cri Du Chat. Turut bersama ialah Dr Ngu Lock Hock, Pakar Perunding Genetik Klinikal, HKL.
Sindrom Cri Du Chat terjadi apabila seseorang itu kehilangan kromosom nombor 5.
Penghidap Cri Du Chat kebiasaannya mempunyai ukur lilit kepala yang kecil dan juga tumbesaran yang tidak normal seperti kanak-kanak yang lain.
Cri Du Chat membawa maksud “Cry of a cat” ataupun lebih dikenali sebagai tangisan kucing. Mengapakah ia dikenali sebagai tangisan kucing? Ini kerana penghidap penyakit Cri Du Chat lebih cenderung mempunyai suara yang kecil mirip seekor kucing.
Ketahui lebih lanjut tentang Sindrom ini di YouTube Pesona XY.