Journalist of the Day: Syafinah Othman
Photos: Sonny Ikmal Ahmad Kamil
Muzik merupakan bahasa universal yang difahami dan digemari oleh semua di serata dunia. Awal kewujudan YouTube menjadi platform kepada pencinta muzik untuk memuat naik lagu dan melihat potensi lagu mereka untuk menemui seluruh pencinta muzik dan menjadi tular dalam masa yang singkat dan mudah. Bukti bintang YouTube yang lahir dari YouTube ialah Shawn Mendes dan Alessia Cara yang kini mencipta rekod dengan jutaan tontonan dan menjadi bintang terkenal. Oleh itu, pencinta muzik tempatan dilihat mempunyai potensi yang besar untuk menjadikan platform ini sebagai batu loncatan menjadi popular di seluruh dunia.
Peluang Pencipta Kandungan Muzik Tempatan Jadi Popular
Hari kedua di Festival YouTube 2019, Generasi YouTube yang sebelum ini dikenali sebagai Generation YouTube meneroka salah satu kategori tersohor dengan membawa tiga ahli muzik YouTuber berbakat mempersembahkan interpretasi muzik tersendiri dan berkongsi perjalanan muzik mereka di platform YouTube. Tiga ahli muzik YouTuber itu ialah Cassidy La Creme, Amrita Soon dan Lost Space.
Konsisten – Cassidy La Creme
Cassidy Anderson yang berasal dari Australia melihat peluang yang terbaik untuk dia mencipta nama. “YouTube menjadikan perjalanan muzik saya mudah, hanya dengan waktu yang singkat peminat muzik yang begitu ramai melayari YouTube akan mengetahui lagu saya, namun saya sentiasa menjaga kualiti dan muzik video yang dihasilkan,” ulas Cassidy. Mengulas kepada kejayaan Cassidy yang begitu mudah diterima selain menyanyikan cover lagu Bahasa Melayu, dia menambah bahawa konsistensi penting dalam memastikan peminat muzik sentiasa ternantikan sesuatu yang baru daripadanya. Dia sentiasa membaca komen yang diberi oleh peminat untuk memberikan sesuatu yang menepati citarasa peminatnya.
YouTube teras kejayaan – Amrita Soon
Gemersik melodi hasil petikan gitar Amrita Soon meninggalkan kesan yang menenangkan di telinga peminat muzik. YouTube telah membuka jalan kepada penyanyi-penulis ini merealisasikan impian dan telah membawanya ke Nashville di mana beliau menjadi sebahagian dari CMA Music Festival. “YouTube menjadi teras kepada kejayaan saya sebagai seorang pemuzik, daripada mempelajari teknik bermain gitar sehinggalah menggubah lagu; juga mengenal pasti genre muzik kegemaran melalui seksyen video cadangan YouTube iaitu muzik country Amerika dan Americana.
Ia membantu saya mengembangkan hala tuju muzik tersendiri,” kata Amrita yang mengenang bagaimana dia dikenali melalui platform YouTube. Mengenang kembali bagaimana semuanya bermula, Amrita yang juga seorang pemalu dibantu ayahnya untuk merakam video semasa bermain gitar dan ayahnya memuat naik video-videonya sehingga ia mencipta sesuatu yang luar biasa kerana menerima komen-komen daripada pencinta muzik dari pelbagai negara.
Keunikkan Tersendiri – Lost Spaces
Lost Spaces bermula sebagai sebuah projek vokalis utama Sam Lopez yang telah mengembara ke Kuala Lumpur demi mendalami muzik secara serius dan akhirnya menyatukan abang, sepupu dan dua orang rakannya menjadi sebuah kumpulan muzik. Gaya muzik kumpulan ini merupakan gabungan beberapa gaya dan genre, berbeza antara setiap lagu demi menyampaikan cerita yang dibawa dengan sempurna dan ia telah menghasilkan sebuah muzik bop goovy.
“Set minda disebalik setiap lagu Lost Spaces selalunya berkisar terhadap pembikinan muzik diikuti dengan mencari jalan untuk memberi nyawa kepada bunyi yang dihasilkan secara visual untuk menarik minat perhatian ramai,” ujar Sam. Anggota Lost Space juga melihat YouTube sangat ideal dan mengambil kesempatan atas kelebihan ini agar menjadi saluran untuk mempamerkan citra muzik mereka.
Kumpulan anak muda ini berjaya menghasilkan muzik bop goovy yang unik dan menjadikan ide guitaris mereka yang juga pereka animasi untuk memberi nilai tambah kepada muzik video yang dihasilkan. Setiap muzik video mempunyai cerita yang tersendiri.
Generasi YouTube merupakan inisiatif suku tahun YouTube Malaysia untuk mengetengahkan para pencipta kandungan tempatan yang sedang menempah nama dan terpilih berdasarkan impak yang diwujudkan. Panel–panel sebelumnya telah mengetengahkan pendidikan kemahiran hidup, budaya geek tempatan, komuniti fashionista Malaysia, vlogger millennial dan YouTube wanita pemecah stereotaip.