Google dan Lazada baru-baru ini mengumumkan kursus-kursus latihan dalam talian percuma untuk peniaga dalam talian yang akan membekalkan mereka dengan kemahiran digital dan membantu perniagaan mereka berkembang. Lanjutan musim membeli-belah yang sibuk, kerjasama ini disasarkan untuk membekalkan peniaga kecil dengan lebih banyak sumber maklumat untuk memperbaiki kehadiran dalam talian mereka, terutamanya dalam tahun yang mencabar ini.
Dalam laman Grow with Google, perusahaan kecil merentasi Asia Tenggara boleh mengakses kurus-kursus pendek percuma oleh Universiti Lazada serta kursus mini interaktif melalui apl Google Primer. Kurus latihan ini akan merangkumi topik-topik seperti strategi perniagaan dan pemasaran digital dan akan membantu menangani halangan untuk memulakan perniagaan dalam talian. Peniaga Lazada boleh mengakses kursus yang kandungannya dicipta secara langsung bersama portal Universiti Lazada – di mana kurikulumnya disesuaikan mengikut negara. Mereka juga boleh ikut serta sesi yang dikendalikan oleh pakar Google yang akan distrim secara langsung pada laman Universiti Lazada.
“E-dagang telah menjadi sebahagian penting kehidupan seharian untuk jutaan penduduk Asia Tenggara, dan dengan lebih ramai membeli-belah dari rumah, kami mahu memperkasakan perusahaan kecil dengan kemahiran untuk bertanding di dalam persekitaran dalam talian,” kata Ben King, Pengarah Google. “Kami komited untuk melatih 3 juta pekerja PKS di Asia Tenggara dalam kemahiran digital, dan sudah pun melatih 2 juta orang. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Lazada yang dapat berkongsi kepakaran mereka dan membantu melanjutkan sokongan kepada ribuan peniaga dalam pelantar mereka.”
“Kami juga gembira untuk bekerjasama dengan Google dalam inisiatif ini, yang datang tepat pada masanya – sebelum pesta membeli-belah mega pada hujung tahun seperti 11.11 dan 12.12.” kata Jon Chin, Ketua Rantau untuk Perkembangan Peniaga dan Penglibatan, di Lazada. “Kami menjangka tempoh penerimaan dan pengambilan masuk akan memuncak semasa dan selepas kempen penjualan, jadi kerjasama ini dapat membantu peniaga dengan kemahiran digital dalam masa yang singkat, yang akan membolehkan mereka memanfaatkan musim cuti akhir tahun untuk meningkatkan penjualan mereka. Memandangkan pada tahun lalu, kami lihat sebuah corak migrasi peniaga kepada pelantar kami, kami menjangkakan yang inisiatif ini boleh menyokong banyak PKS di seluruh rantau ini untuk membuat peralihan secara mudah kepada perdagangan digital.”
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang sumber Google untuk perusahaan kecil, sila rujuk Grow.Google. Untuk mempelajari lebih lanjut mengenai perniagaan di Lazada dan akses kepada topik-topik e-dagang, layari Universiti Lazada.