Apa yang lebih baik ketika anda bangun dari tidur selain bau kopi segar atau bunyian burung berkicauan? Sudah tentu ia jumlah ganjaran yang telah anda kumpul hanya dengan menjawab soalan-soalan mudah menerusi Google Opinion Rewards.
Google Opinion Rewards merupakan sebuah aplikasi di mana anda boleh memperoleh ganjaran hanya dengan berkongsi pendapat dan menjawab soalan-soalan mudah. Bagaimanakah ia berfungsi? Jika anda menggunakan Opinion Rewards buat kali pertama, anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan asas mengenai diri anda. Maklumat yang dikongsikan akan menentukan jenis tinjauan yang akan anda terima. Bergantung pada jawapan yang diberikan, apl ini akan menghantar soalan seminggu sekali kepada anda pada waktu yang rawak.
Soalan yang dikemukakan adalah ringkas – tidak lebih dari 10 soalan, dan kadang-kala hanya satu! – dan tidak mengambil masa yang lama. Hampir kesemua tinjauan yang dijalankan mengambil masa kurang dari 30 saat, dan ia merangkumi pelbagai jenis topik, seperti rancangan TV kegemaran anda dan apl yang pernah anda gunakan.
Apabila terdapat tinjauan baru untuk anda, kami akan menghantar pemberitahuan kepada anda. Tidak berminat untuk menjawab tinjauan tertentu? Tiada masalah. Anda boleh melangkau soalan-soalan yang tidak mahu dijawab.
Bagi pengguna peranti Android, anda akan menerima ganjaran kredit Google Play bagi setiap tinjauan yang dilakukan, manakala bagi pengguna peranti iOS pula, anda akan menerima ganjaran wang yang disalurkan ke akaun PayPal yang telah anda pautkan.
Lebih daripada 10 juta pengguna Android telahpun memuat turun aplikasi Google Opinion Rewards, dan kami telah menghantar lebih daripada 3 juta tinjauan setiap minggu. Dapatkan Google Opinion Rewards dari Google Play dan App Store, dan nantikan tinjauan terbaru dari kami untuk mula mengumpul ganjaran anda. Mudah sahaja!