Ini 5 sebab kenapa sesetengah manusia sukar berjaya.
1. Sering menyalahkan orang lain diatas kegagalan mereka
Anda pasti pernah berjumpa dengan orang yang sentiasa menyalahkan orang lain sedangkan ianya terjadi kerana mereka gagal merancang.
Contoh: “Ahhh kenapalah keadaan trafik ni sangat teruk ! Aku dah lambat nak ke pejabat ni!”
Kata Azman yang keluar pada jam 8.45 pagi sedangkan dia tahu jarak rumahnya ke pejabat mengambil masa 30 minit dan meetingnya akan bermula pada jam 9 pagi.
Jadi ,wajarkah dia menyalahkan keadaan trafik sedangkan kesalahan itu muncul dari dirinya sendiri?
2. Mudah melenting bila ditegur
Bagi saya ditegur itu perkara yang normal, sebagai seorang manusia kita pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Dulu saya amat marah apabila ditegur oleh orang, tetapi pada hari ini saya ingin berterima kasih kepada semua yang pernah menegur saya. Apabila saya fikir balik, apa yang ditegur itu sebenarnya betul.
Terkadang apa yang kita harus lakukan hanyalah menurunkan ego dan menerima kesalahan kita. Berubah dan refleksi diri adalah lebih baik daripada menjadi seorang yang “egois”.
3. Sentiasa bersifat “Takut rugi”
Dahulu saya juga seorang yang terlalu selesa di dalam kepompong dan tidak mahu keluar kerana takut untuk mencuba. Tapi setelah melalui banyak perkara dan pengalaman, memang jelas hidup ini memang harus ada “Trial and error“.
Kita harus keluar dari kepompong dan cuba sesuatu yang baru.
Setiap manusia dilahirkan berbakat cuma kita harus ambil masa untuk mengkaji bakat tersendiri!
Ingat, jangan takut rugi, mungkin kita hanya rugi masa, tenaga, duit tetapi kaya dengan pengalaman!
4. Sering bandingkan diri dengan orang lain
Setiap manusia dilahirkan berbeza, masa untuk berjaya pun turut berbeza, kejayaan pun berbeza.
Pentingnya kita untuk berfikir semua perkara dengan perspektif yang berbeza.
Saya gemar bermain dengan “perspektif“. Ianya membuatkan saya berfikir lebih positif dalam setiap perkara.
Perasan atau tidak ada manusia yang datang daripada “broken family” tetapi mendapat pasangan yang sangat setia.
Ada orang duitnya sedikit tetapi tidurnya lena tanpa memikirkan hutang.
Bagaimana perspektif berfungsi?
Si kaya berfikir ” Sedihnya hidup ini, aku kaya tapi tidak dikurniakan anak”
Tukar cara berfikir kepada ” Mungkin tuhan tidak berikan aku anak, tetapi aku mempunyai harta yang banyak yang boleh aku manfaatkan”
Si miskin pula harus berfikir “Alhamdulillah meskipun duitku tidak banyak tetapi tuhan memberiku rezeki anak yang ramai”.
Mudah sahaja untuk bahagia, bersyukur dengan apa yang ada.
Tak usah bandingkan diri kita dengan orang lain kerana setiap orang diberikan rezeki yang berbeza!
5.Sentiasa merasakan diri betul
Sifat paling bahaya yang ada di dalam diri seseorang ialah sifat merasakan dirinya sentiasa betul.
Mengapa tuhan menciptakan komunikasi dan sifat toleransi didalam diri manusia?
Kerana pendapat dan nasihat itu harus diberi dan diterima bagi menghasilkan karakter yang kuat di dalam diri seseorang.
Tidak semua yang bagus dimata kita akan bagus dimata orang lain.
Oleh itu kita haruslah sentiasa menerima pendapat orang lain juga untuk berjaya.
Helen Keller ,seorang tuli-buta pertama mendapatkan pengajian seni tahap sarjana juga pernah berkata, “Hasil tertinggi pendidikan adalah toleransi.”
Source: 5 Sebab Manusia Sukar Berjaya