Saya ada soalan mudah untuk anda.
Bayangkan anda ingin bercuti ke Pulau Langkawi dalam masa 4 bulan dari sekarang, dan bercadang untuk membeli tiket penerbangan untuk anda sekeluarga secara dalam talian nanti. Soalannya, syarikat penerbangan apakah yang anda akan terfikir dahulu?
Lebih 90 peratus individu-individu yang saya pernah bertanya soalan ini kepada mereka, menjawab AirAsia. Saya bertanya lagi, mengapa anda akan teringat AirAsia berbanding syarikat penerbangan yang lain, kan banyak lagi ada?
Murah.
Ini jawapan mereka. Mereka akan teringat tentang tambang murah dahulu, dan ia secara automatik bermaksud AirAsia.
Itu adalah penjenamaan yang paling efektif dan terbaik. Jadi persoalannya sekarang, bagaimana pengguna di luar sana mengingati jenama anda apabila mereka ingin membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang anda ada?